Malam Anugerah Glowwe Awards 2023

December 20, 2023 9092 Views

glowwe adalah satu platform yang menyediakan pembelajaran mengenai penjagaan diri dan kulit kepada setiap lapisan umur masyarakat.

Menggunakan pengaruh media sosial, glowwe secara konsisten berkongsi pelbagai jenis maklumat mengenai produk, bahan di dalam produk, masalah kulit dan sebagainya di dalam bentuk poster, artikel dan juga video.

Seiring dengan masa, kini glowwe sudah mencapai lebih 450,000 followers dan subscribers daripada YouTube, Instagram, TikTok, Facebook dan Twitter.

Melalui glowwe Awards 2023 ini, glowwe ingin mengiktiraf jenama-jenama berkualiti yang sentiasa berusaha menjaga kualiti produk bagi membantu pengguna dalam mendapatkan kulit yang sihat.

Dengan ini, glowwe meletakkan kepercayaan kepada para pengguna untuk mengundi dan memilih produk pilihan yang layak menerima glowwe Awards 2023.

Tujuan pengiktirafan ini bukan sahaja sebagai penghargaan kepada jenama, malahan ia adalah untuk:

– Membantu para pengguna yang baru ingin memulakan perjalanan mencari produk penjagaan diri mengenali dan memilih produk berkualiti tinggi dengan lebih mudah.

– Membantu para pengguna yang sudah mahir dalam menjaga kulit menjadi lebih cakna dengan produk-produk yang bagus dan ada di pasaran untuk dicuba.

– Mengangkat kembali produk jenama tempatan yang tercemar dengan nama buruk produk timbang kilo.

Semoga dengan pengiktirafan ini lebih banyak pengguna dapat menyedari kewujudan pelbagai jenama berkualiti yang boleh membantu kulit anda.

Tahniah Kepada Semua Pemenang!

Jumpa di glowwe Awards tahun hadapan!

Glowwe Awards 2025

Categories
Uncategorized
Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *